Sabtu, 24 Mac 2012

KePimPinAN

Semakin banyak seorang pemimpin menceritakan rahsia dan kekurangan orang lain, semakin jatuh pula kredibiliti pemimpin tersebut.

Pemimpin yang amanah adalah pemimpin yang menjadikan dirinya sebagai kubur bagi aib orang lain, bukan orang yang sering menggembar-gemburkan kekurangan orang yang dipimpinnya.

Pemimpin yang bersyukur adalah pemimpin yang sedar bahawa kepemimpinan yang di dipikulnya bukanlah tanda kemuliaan, tetapi kepemimpinan adalah amanah dari Allah.

Pemimpin yang amanah boleh dilihat dari keprihatinannya dalam berjanji, walaupun hanya sedikit janjinya, tetapi dia senantiasa berusaha untuk menepatinya.

Kekuasaan seluruhnya adalah milik Allah. Kita hanyalah pelayan bagi rakyat dan masyarakat kita.

Pemimpin yang bersyukur adalah orang yang selalu berusaha agar dirinya menjadi teladan bagi orang lain, terutama bagi orang yang dipimpinnya.

*aku juga sorg pemimpin yg cuba menjalankan tanggungjawab sebaik mgkin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan