Sabtu, 27 Jun 2009

Telur & bAwaNg..

SEORANG PERMPUAN DIUMPAMAKAN SBGI TELUR
KERANA IA MUDAH PECAH.....
TETAPI APABILA PECAH KITA TETAP XDPT CANTUMKANNYA SEMULA
KERANA SUDAH ROSAK
LELAKI PULA DIUMPAMAKAN SEBAGAI BAWANG
KERANA IANYA MUDAH MENJADI BURUK
TETAPI APABILA DIBUANG KULITNYA
BAWANG ITU TETAP CANTIK DAN BOLEH DIGUNAKAN LAGI
TIDAK SEPERTI TELUR YANG SUDAH PECAH ITU

RenuNgan KatA penGisiaN jiWA..

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…
Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi…
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal……

CinTa SejAti..

Cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan.
Cinta sejati bertapak pada rasa saling menghargai.
Cinta sejati tidak memandang wang,tetapi wang sangat penting untuk memelihara cinta.
Cinta sejati mempunyai tempat hanya untuk dua orang,tidak ada bagi orang ketiga.
Cinta yang sejati berdiri atas dasar hormat.
Cinta sejati ialah cinta ibu kepada anaknya.
Cinta sejati daripada seorang perempuan memberi sayap kepada lelaki,sebaliknya cinta yang palsu memberi belenggu.
Cinta yang sejati hanya dapat dilihat dari sinar pandangan mata.

LuAhaN Hati..

hurm..dh 2 mgu sesi persklhn bermula..kali ni perjuangan lama diteruskan dgn lbih bermakna..result exam yg jatuh mendadak 2 telah mencetuskan 1 semangat baru utk bgn kembali..kali ni perubahan 2 benar2 terasa..trial lak tgl sebln je lg..harap2 dpt bgn kembali..gagal sekali x bermakna gagal slama-lamanya kn..?kte kena blajar dr kesilapan..jatuh bgn kembali..itulah org yg berjaya..anjakan paradigma??itulah yg spatutnya berlaku..apa yg bakal berlaku x siapa pn tahu..yg penting kte kena b'usaha utk mgubah dri kte..hari ni perlu lebih baik dr smlm & hari esk lbih baik dr hari ni..saat kte t'jatuh mmg sakit..perit sgt..tp kejatuhan 2 la yg mnjdkn dri kta lbih kuat..spt sediakala..mslh x pernah jemu utk muncul dlm idup..kdg2 mslh 2 bsar..tp kdg2 ringan je..yg sbenarnya x kira la bsar atau kecik mslh 2 yg penting ialah cara kte mgatasinya..idup x kn sempurna tanpa mslh..sbb mslh 2 la yg mgajar kte erti kehidupan..mendidik kte mnjdi lbih matang..lebih dewasa dlm menempuh hri yg mendatang..mgenal erti dunia yg sebenar..idup ni indah bila dihargai..tp idup ni lbih indah klu kte bijak menghargai alam & hidupan disekeliling kte..hati ni sllu b'sedih..sllu merintih meratapi nasib dri..hnya tangisan yg mampu mgubat hati yg lara..tp blum smpat gugur ke pipi ia dh kering sendiri..kdg2 idup ni terlalu rumit..rasa cam nk tdo & x nk bgun smpi ble2..tp kdg2 idup ni indah sgt smpi rasa cam nk hentikn masa dr terus bergerak dgn harapan saat indah 2 akn kekal slamanya..hakikatnya..masa tetap akn berputar & terus meninggalkan kte tanpa menoleh kembali..tp kte tahu yg sbenarnya saat indah 2 dh tersemat kemas di dlm hati & akn terus b'putar dlm fikiran kte saat kte merinduinya..rindu yg tiada terubat..andai masa mmpu diulang..pasti apa yg berlaku akn diubah supaya idup ini mnjdi lbih indah..x sederita skrg..kn bgus klu ada mesin masa mcm doraemon 2..ada poket serbaguna ke..tp 2 smua cuma fantasi..kte mmpu peroleh sgala yg kte impikan dlm alam fantasi &mimpi kte..b'angan & mengelamun..dpt mgubat ati yg sunyi & duka..hati ni sllu b'doa & b'harap agar idup akn lbih indah pd msa akn dtg & perkara dh b'lalu xkn b'ulang..klu idup ini akn berterusan begini..hati ini pasti akn menerimanya dgn redha..andai itu takdirnya..x siapa pn mmpu mgubahnya..segalanya telah t'surat..yg akn berlaku pasti berlaku.......

Sabtu, 13 Jun 2009

TRIAL SPM @ SPM..??Oh TIDAAAAAAAAAK…!

SPM akn berlansung dri 18 nov hingga 16 dis..tp sye Cuma terlibat hingga 8 dis je..trial??kena ambik 2 kali..trial sbp dgn negeri..maybe ujung bln 7 atau awl bln 8..takutnyer..x ready lg ni..esk dh kena kembali ke sklh..bermula la kembali perjuangan sbg seorg calon SPM utk thn 2009..dsbbkn msa yg smkn hari smkn berkurang..terpaksa la struggle lps ni..nk cover blik topik2 yg x mmpu nk dimasterkn 2..waaaa..ckgu pnjm otak ckgu le sng..hehe..lps ni x leh men2 sgt..x leh buang msa dh..kena pk demi masa depan..aa..sblm nasi mnjdi bubur lebih baik berubah..klu x nnt menyesal x sudah la..nangis air mata darah cam pontianak pn x guna dh..mcm kata pepatah 2..sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya..chewaaah..!dh ada 2 pepatah ni..bgus klu wat krgn..huhu..ya2..wat smua sahabat yg dikasihi..slmt kmbli ke sklh..berjuanglah anda utk trial..agi idup agi ngelaban..huhu..GOOD LUCK..!!!

Only great minds can read this

This is weird, but interesting!
fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too.
Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe out of 100 can.
i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe.
Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!

KisAh Di ZaMan Kanak-kaNak..

Ermm..kisah ni berlaku waktu sye darjah 1..waktu kcik2 dlu sye suka sgt mkn kuih masalodeh..2 nama yg sye pgl..x tau lak klu ada nama len..kuih 2 mainly diperbuat drpd kacang dal @ parpu..ada la 1 ptg 2 mak sye wat kuih ni..dsbbkn terlalu suka sye berjaya menghabiskan sepinggan penuh kuih 2..byk kn??waktu 2 ok je..tgh2 mlm 2 sye t’muntah2..sehari suntuk sye asyik muntah jer..asal mkn atau mium je mesti muntah..kesimpulanya apa pn x leh nk msuk perut sye ari 2..nk mkn ubat pn x blh..lembik sye dibuatnya..esknya bru bley mkn ubt dgn minum air..nk mkn pn x dek selera sbb tekak dh skit sgt..sejak2 2 sye benci kcg dal..sye x mkn dh kuih 2..fobio..hehe..apa2 mknan yg diperbuat drpd kcg dal pn sye x mkn..tp ble dh msuk drjh 4 sye dh bran ink mkn kcg dal..Cuma kuih 2 je dh x ska smpi skrg..tgk benda yg disukai sgt2 akhirnya dh dbnci..

MenGimBau KenaNgan Lalu

Siapa sangka ramadhan itu merupakan ramdhan terakhir sye b’sama dia..perubahan yg ditunjukkan langsung tidak menyedarkan sye bahawa dia akn pergi buat slamanya..mungkin usia yg muda menghalang sye utk memahami smua yg sedang b’laku..dialah buah hati sye..penghibur dikala duka.penyeri hati yg lara..sye lah p’mata dihatinya..dibelai & dimanja sejak kecil..sgala kemahuan pasti dipenuhi..kerna sye satu-satunya puteri dikalangan 5 putera..kehadiran yg amat dinanti-nantikan..penyeri keluarga..ramadhan itu dia benar-benar b’ubah..sgala p’ckpanya b’kisarkn ttg kemungkinan yg akn b’laku sekiranya dia tiada..seingat sye,dia memenuhi msa 2 mggu diawl ramadhan itu b’sma km sekeluarga..dia benar2 menggunakan msa yg ada sblm dia t’lantar selama smggu..dia sllu jatuh skit..bg sye itu mgkn sakitnya spt biasa..selama 3 hari dia t’lantar..rmai yg dtg melawat..mak & abg sulong mmg sdah sepakat utk tidak menghantarnya ke hosp. kerana tidak mahu menyiksa dia yg sedang nazak..pda hari ke-4 adiknya dtg & meminta supaya dia dikejarkn ke hosp..nth knapa keputusan awl yg diambil diketepikn & dia terus dikejarkn ke hosp menaiki ambulans...3 jam dia didiagnosis ttg penyakitnya..stlh dimsukn ke wad..mak mnjdi penunggu stia..sye & abg2 pulang utk b’buka..pd sblh mlm abg ke-3 mengambil alih..pg keesokkanya abg pulang utk b’sahur..dia ditinggalkn seorg diri..pd jam 7 pg km mndpt panggilan dri hosp. yg menyatakn dia sedang tenat..km b’siap & bergegas ke hosp..jln raya yg sibuk pd waktu pg tlh melambatkan perjalanan km..apabila smpi dihosp. Hati ini terasa amat b’debar..debaran itu smkn kuat apabila dri jauh terlihat seluruh tubuhnya sudah diselimuti..tidak percaya..tubuh itu cuba dihampiri perlahan-lahan..benar..dia sudah pergi..air mata terus membasahi pipi..tanggal 19 ramadhan @ 15 disember 2000 dia pergi meninggalkn km..tidak disangka perkara ini akn berlaku..sye amat terkilan kerana tidak dpt menunaikan permintaan terakhir..sehingga kini & smpi bila pn..permintaan itu tidak akn dpt ditunaikan..abah..maafkan adik..Ya Allah..Ya rahim..ampunkanlah dosanya..terimalah segala amal ibadahnya..tempatkanya di tempat yg mulia..tempat yg dikau janjikn nikmat utk hamba-Mu..sesungguhnya hanya kpd-Mu aku memohon pertolongan..perkenankanlah pintaku..Amin Ya Rabbal Alamin..

Jumaat, 12 Jun 2009

duit??

mcm2 kte leh wat klu kte ada byk duit kn??lyanan masyarakat pn berbeza..klu golongan yg kaya,byk duit..msti dilayan mcm raja..golongan yg x de duit plak dipandang hina..dilayan dgn teruk..x adil btl..sbb duit je manusia x dpt layanan yg sepatutnya..sbb duit jgk la manusia lupa diri & bertindak sesuka ati..truk btul..tp duit mmg penting dlm kehidupan..tanpa duit ilmu pn sukar dicari..tanpa ilmu x gna gak duit 2..

Khamis, 11 Jun 2009

deteCtive ConAn

Hurm..peminat stia detective conan mesti knal kudou sinichi & ran kn??beznyer klu dpt jdi couple cam dorg..ran sllu rindukn sinichi..ran nk b’sama sinichi..ran sllu t’pk ttg sinichi..tp sbenarnya sinichi sentiasa berada disamping ran sbg conan..sinichi sentiasa perhatikan ran..menjaga ran..sinichi sentiasa temankn ran & x biarkn ran dlm bahaya..tp ran x tahu smua 2..yg plg mnarik perasaan cinta dorg yg amt mendlm hinggakn klu slh seorg dlm bhya yg sorg lg dpt rsakn..yela dh disemai sejak kcik..dua2 setia..wlupn mcm2 halangan yg muncul & byk rahsia yg x t’ungkai..tp cian la ran x dpt jmpa sinichi..klu jmpa pn kejap je..erm..bla la kes n ink selesai..tp klu edogawa conan kembali mnjd kudou sinichi berakhirla detective conan the siries kn..?cite ni dh ada 13 movie skrg..tp sinichi x dpt nk kesan black organization lg..haibara pn x dpt nk cipta antidote utk apotoxin 4869 lg..latest drug yg haibara wat utk testing 2 Cuma bley b’tahan selama 24 jam je..effect dia plak b’kurangan ½ utk penggunaan seterusnya..tp sekurang-kurangannya sinichi & ran dpt mengubat rindu..walaupn Cuma kejap je..apapn msti bez klu dpt jd mcm dorg..wah bahagianya..

cUti oH cuti..

wargghh..!!cuti sklh dh nk hbis..sdeynyer..pas ni dh kena jalani kehidupan yg memenatkan..trial pn dh smkn menghampiri..oh tiiidddaaaaaaaaakk!!nk kena struggle la lps ni..tp bez gak dpt jmpa kwn..msti byk topik nk dibincangkan..almaklumlah dh 2 mggu x jmpa..aduh!!omwork x siap lg ni..x pe..waktu prep kn ada..hehe..lps ni dh kena kurangkan waktu utk main2 n lepak2..study kena lebih..latihan pn kena wat byk lg..yela nk jd pelajar cemerlang bukannya senang..x pela..bak kata pepatah..bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian..usaha dlu..nnt bersama-sama le kte tgk keputusannya..wat kwn2..slmt berjuang..chaiyok2..!

Rabu, 10 Jun 2009

teNgok Ler..

antara koleksi yg ada kat umah..huhu..sbenarnya dh boring..x tau nk wat pe la..

LuaHan hAti yaNg LaRa..

Hurm..nape hidup ni terus b’ubah mengikut peredaran waktu??dlu dlm idup sye smuanya indah2..dlm hari2 sye smuanya b’jln dgn lancar..Cuma kdg2 je timbul mslh..itu mslh kcik jer..kejap je nk settle..Tp skrg idup sye dh byk b’ubah..diri sye..perangai sye..pn dh byk b’ubah..skrg sye sll sdey..hmpir stiap ari sye nangis..hmpir stiap ari jga sye sakit..sye rsa pnat sgt idup mcm ni..sye rindu sgt msa lalu..diri sye yg dlu..suasana yg dlu..& keadaan serta sikap org sekeliling sye yg dlu..nape smuanya jd mcm ni..?bingung bla cuba difikirkan..sukar nk diungkapkan nape smua ni t’jadi..sye nk sgt ubah smuanya jd mcm dlu..tp ssh sgt & rsanya x mungkin berlaku..erm..masa oh masa..!kata org,msa yg b’lalu tgl sjrh & x mungkin b’ulang..msa akn datang adlh sesuatu yg pasti..& masa skrg merupakan penentu..walaupn sye sdey..sye ada sorg kwn yg sllu wat sye gmbira..nth nape dia baik sgt dgn sye..dia sllu tmankn sye & sentiasa cuba utk gembirakn sye..tp sye risau sgt klu2 kehadiran sye ni menyusahkan dia..wlaupn dia ckp x..sbenarnya sye x penah ada kwn mcm dia..caring..sllu ambk berat ttg sye..dia memahami sye..sye selesa bla b’sma dia..dia sllu tahu bla sye ada mslh atau sakit..klu bley sye nk sgt sentiasa berada di sisi dia..sbb bla sye berada di sisi dia sye hepi..smua mslh yg ada dlm kepala pn ilang..tp x mungkin utk sye sentiasa b’sama dia..sye x phm nape manusia ska jga tepi kain org..sllu sbuk nk tahu ttg org lain wlaupn sbenarnya x dak kena mengena langsung dgn dorg..kesalahan org sibuk je nk tegur sdangkn diri sndiri pn sll wat bnda yg sma..nape nk kritik apa yg org len wat klu bnda 2 x mengganggu hidup korg..plik btul..rimas la dgn org mcm ni..kte kena la phm yg stiap org ad cara idup yg t’sndiri..stiap org mmbesar dgn cara & situasi yg b’beza..jd cara idup kte x kn sama dgn org len..org sekeliling kte..kte kena terima hakikat 2..jd jgn la ska2 ati je kritik org len..tp cuba la terima..sye dgn dia rapat sgt..tp kemesraan km jd buah mulut org..rmai org ckp ttg km..rmai org b’tnya ttg km..pd pandangan sye rmai je lg pasangan yg mesra..tp nape km yg jdi perhatian??dari dlu lg..apa yg sye wat msti jd perhatian..rimas la..tlg la phm..ada 1 lg perkara yg sye x fhm..nape sye byk sgt b’ubah..dlu sye kuat..tabah..apapn yg jd msti sye mmpu atasi sendiri..sye independent..tp skrg x..sye lemah..ati sye lembut sgt..mudah terasa..klu jd apa2 sye byk b’gantung kat org lain..sye x nk terus mcm ni..arghhh!!tlg la..sye x nk terus mcm ni..sye nk kembali mcm dlu..

CikGu Garang..

Kelas yang tadi bercempera tiada guru, kini menjadi senyap sunyi. Ini adalah kerana guru yang paling digeruni telah masuk ke dalam kelas. Wajahnya garang seperti Jin yang tidak ada Shamsudin. Kalau hendak tahu ikutilah pelajaran cikgu ini. Nama cikgu ialah ?
Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid-murid: Selamat pagi,petang dan malam cikgu!
Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik . Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya,kamu semua mesti menjawab dengan cepat,lawan bagi perkataan-perkataan itu,faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu: Berjaya!
Murid-murid: Usno!
Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!
Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu: Bukan!
Murid-murid: Ya!
Cikgu: Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!
Cikgu: Dengar ini!
Murid-murid: Dengar itu!
Cikgu: Diam!
Murid-murid: Bising!
Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu: Malas aku ajar kamu!
Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!
Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu: Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup ajar!
Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu: Saya kata USNO salah!
Murid-murid: Kami dengar BERJAYA betul!
Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid merasa lega kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah keluar.
Walau bagaimanapun, mereka merasa bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi, tetapi esok masih ada.Cikgu itu pasti akan datang lagi. Sekian terima kasih

SeKaDar RenunGan..

1)Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Yang paling dekat dengan kita ialah MATI.Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.( Surah Ali-Imran :185).
2)Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Jawapan yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita,kita tetap tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu.Oleh sebab itu,kita harus menjaga hari ini,hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
3)Apa yang paling besar di dunia ini ?
Yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.
4)Apa yang paling berat di dunia?
Yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).Tumbuh-tumbuhan,haiwan,gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini.Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.
5)Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT.Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia,kita tinggalkan solat.
6)Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA.Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Bears..

banyak x koleksi sye..??sbenarnya ada lg yg x msuk dlm gmbr..x sempat nk make up..hehe..ha!nie la peneman stia sye..yg paling besar 2 la yg paling sedap peluk..huhu..

Isnin, 8 Jun 2009

sOal hAti..

soal hati & perasaan mmg sukar diduga..apa itu cinta monyet..??cinta zaman remaja or cinta atas dasar ingin b'gembira??hurm bg sye cinta monyet 2 juz utk ska2..nk enjoy..sye rasa kpl 2 menyusahkan..yela bla dh kpl asyik t'pk ttg si dia..sllu cari msa utk b'sma si dia..kna jg p'gaulan dgn org len tkt nnt si dia cemburu..x ke menyusahkan..tentu ada yg x setuju dgn pndpt sye..anyway smua org ada pndpt msing2 kn..?everyone have their own ways of thinking..am i right??bg sye..ble sye syg kat seseorg 2 sy x nk jdkn dia pasangan sye..wlaupn ble kpl layanan akn mnjd lbih mesra,smuanya indah tp klu putus skit sgt..layanan yg mesra 2 jd dingin..wlaupn ada pasangan yg msih baik slps putus..hubungan 2 x kembali erat mcm sediakala kn??sbb 2 la sye nk stay jd kwn dgn org yg sye syg..sye xnk kehilangan dia..biar km b'tmbh mesra & kemesraan 2 kekal..sye syg dia..(",)

PeNgaLamAnku..

Nie gmbr waktu pertandingan forum remaja peringkat negeri perak..seratas jd wakil daerah larut matang dan selama..sye yg kat tgh2..waktu kat daerah(18 april) kitorg johan tp kat negeri(22 & 23 mei) kecundang..hehe..sdey sgt2..x pe x dak rezeki..dlm gmbr ni epi jer..sbb xcited nk lwn..huhu..waktu lwn daerah 2 birthday sye..kemenangan ari 2 merupakan hadiah birthday yg terindah wat sye..(",)anyway thanks kpd smua yg mmbntu..pengalaman ni pasti x kn sye lupakan..chaiyok2!!

cUti sekoLah...

ha..!cuti sklh..ni lah masa yg dinanti2kan oleh smua plajar..especially yg duk hostel..hurm luckily or badly??i'm 1 of them..haha..tp cuti ni dh dimamah waktu..smggu je tinggal..ermm..patut dimanfaatkan sebaik2nyer..yela nk tgu another school holidays kn lg 2 bln..fuh!lama gler r..cuti nie omework byk la..ai dh idup sbg plajar g mn pn msti dgn buku n omework(yg rjin jela)..nnt dh blk sklh mula la nk skandal keje org len..sapa yg dh siap omework 2 tgu la utk diterkam..huhu

SeKadaR reNunGan BerSaMa..

Ahad, 7 Jun 2009

MY 1ST POST

ello..this is my 1st time to start blogging..sblm ni juz tgk blog kwn2 jer..then timbul la 1 tanda tanya dlm fikiran..ape yg bez sgt wat blog ni??akhirnya..i've made up my mind to try it myself..kata org x cuba x tahu..well..kata org lg..x kenal maka x cinta..so let me intoduce a little bit about myself..juz call me syida..bru 17 thn..sye ni jnis yg simple jer..ska b'sendirian..prinsip idup..jgn ganggu idup sye klu sye x ganggu idup korg..sye ska b'terus terang dan amat pantang klu ditipu..sye akn cba jdkn blog ni menarik..sye harap blog ade follower nnt..(",)