Tahu tak kawan-kawan, apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 malaikat :
1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAHNYA ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA
Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah kifarah dosa.
Kifarah tu apa..???
"Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian oleh yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyait, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada') Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi ketentuan (qada') bagi sakit itu belum menepati qada' Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia. Jelas di sini membuktikan bahawa ada di antara penuyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan"
Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya"
Subhanallah, betapa Allah itu Mulia dan Baik Hati terhadap kita. Jadi, jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda. Bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya.
jikalau seseorang hamba Allah itu diturunkan penyakit kronik waktu zaman bayinya, bagaimana dengan rezekinya & suasana hidupnya apabila ia sembuh dari sakitya waktu dewasa kelak nanti
BalasPadamsaya sungguh risau waktu ia belajar, bekerja & juga untuk menampung kehidupan keluarganya k'lau ia tiada miliki wang & ilmu untuk menampung & menolong dirinya, keluarganya mahupun pada masyarakat awam atas segala kifarah tersebut dariNYA.
BalasPadamYakinlah rezeki Allah yg bagi. Bkn kerja bkn manusia. Mohon hanya pd Allah
BalasPadamApakah amalan yang saya boleh lakukan? Sebab saya telah menyebabkan hidup mak saya susah....kereta takder....rezeki susah nak masuk...duit selalu tak cukup sampai makan pun tak cukup...apakah yang harus saya lakukan untuk menebus dosa saya itu? Saya tertekan tetapi walaumacam mana pun saya bersyukur kerana masih hidup dan masih boleh bernyawa......mohon bantu saya
BalasPadamPerbanyakkan solat sunat dhuha... In shaa Allah... rezeki dipermudahkan... rezeki yang Allah bagi bukan hanya dari duit,harta dan kekayaan...
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamMantap, sungguh tuhan itu maha kaya akan kasihNYA, semoga kalian selalu ada dalam lindunganNYA,
BalasPadamSalam hangat saudaramu
The god is great.
BalasPadamI from Brazil. My grandfather from malaysie, but I am Muslim.
BalasPadamAdakah sakit hingga hilang kewarasan itu satu kifarah
BalasPadam