Ahad, 17 Mac 2013

Aiskrim


Aiskrim adalah sejenis makanan beku dibuat dari hasil tenusu seperti krim atau sejenisnya dan digabungkan dengan perasa dan pemanis.

Sedapkan aiskrim. Siapa suka makan aiskrim cepat angkat tangan. :D hehe. Aku sgt2 suka makan aiskrim. Aiskrim boleh buat aku hepi. Kalau nak pujuk aku bagi aiskrim je (macam budak-budak). Tapi x nak aiskrim coklat. Kurang minat. 

Tahu tak sebenarnya aiskrim tergolong dalam makanan kesukaan Baginda Rasulullah S.A.W? Haaa..!! Aku pun baru je tau lepas tanya Pak Cik Google. Sebab..?? Ada disebut dalam salah satu hadis Baginda Rasulullah S.A.W :

         "Sesungguhnya Rasulullah SAW sukakan makanan yang manis dan sejuk."

Makan aiskrim pun ada kebaikan tau. 
Menurut :sumber ini.

1.Tindakan mengunyah aiskrim bagi kanak-kanak boleh menguatkan gigi mereka.
2.Aiskrim yang sejuk itu boleh mengembalikan sifat pelupa yang keterlaluan.
3.Zat dalam aiskrim boleh memulihkan pesakit insomnia.
4.Kalsium dalam aiskrim juga banyak kelebihannya.


Aiskrim yang paling aku suka ialah ChocoTop. Aiskrim McD. Sebab aiskrim ni ada tinggalkan kenangan utk aku. =) First time makan ChocoTop aku tak tahu yg isi dalam dia vanila. Kawan aku belanja time tu. Puas aku bebel cakap aku tak makan aiskrim yg full dgn coklat sbb muak. Even sebelum dia pergi beli pun aku dah pesan nak vanila, tak nak coklat. Dia pun buat2 tersalah beli. Sebenarnya dia dengar aku cakap. Bila dah makan rupanya kat bahagian dalam tu vanila la. Last2 aku fall in love dgn ChocoTop. Pernah sekali aku nak beli aiskrim ni. Tapi mesin utk buat chocolate yg kat bahagian atas tu rosak. Chocolate tak nak jadi keras. Aku dah setuju nak tukar aiskrim. Tapi mungkin waktu tu muka hepi aku dah makin berkurang kot. Jadi pekerja-pekerja McD & manager McD berusaha nak buat juga aiskrim ChocoTop tu. 3 aiskrim gak jadi experimen sebelum dapat buat ChocoTop yg hampir sempurna utk aku. Terharu kot. Tapi kan ada ke org yg beli aiskrim pukul 10.30 malam.? Ke aku sorg je yg pelik..?? Hehe


* Tengah craving for ChocoTop skrg sbb last Friday nak pegi beli tp x dpt. =( 

Sbb..?? Time beratur kat McD tu aku terlupa nama aiskrim ni. Ushar2 kat iklan tu x de plak nama aiskrim ni. Dah tak tahu nama camna nak order. Angkat kaki keluar la....

2 ulasan:

  1. arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh why aku harus masuk blog kau pada waktu sebegini!!!! lapa!!!! X(

    BalasPadam
  2. Aku post pun time tgh lapar. Dh mlm2. X mmpu nk kluar dh.

    BalasPadam