Apa itu Bersangka Baik / Husnudzan..?
Bersangka Baik / Husnudzan bermaksud berlapang dada dengan sesiapa sahaja tanpa menaruh sebarang syak wasangka kecuali mempunyai bukti yang nyata.
Kepada siapa kita perlu bersangka baik..?
1. Allah (paling utama).
2. Sesama manusia (lebih-lebih lagi sesama muslim).
Bersangka baik adalah sifat yang cukup indah & mampu mengeratkan ikatan ukhuwah yang terjalin. Tak semua insan dapat bersangka baik 100%. Sekuat mana pun kita mampu bersangka baik, mesti ada ketika kita akan bersangka buruk. Tak kisahlah sesama manusia ataupun dengan Allah. Kerana kita ini adalah insan yang lemah. Tapi cubalah untuk tidak terlalu lama bersangka buruk. Bila ada perasaan begitu, cepat-cepatlah beristighfar. Semoga perasaan itu cepat hilang dan digantikan dengan perasaan yang baik.
Contoh situasi :
Ketika sedang memandu kereta, tiba-tiba ada sebuah kereta yang dipandu secara laju & merbahaya melintas kita. Jika kita bersangka buruk, mungkin kita sudah memaki hamun pemandu itu walaupun pada hakikatnya dia tidak mendengar. Jika kita bersangka baik, mungkin dalam hati kita berkata "Owh, mungkin dia ada perkara kecemasan sebab tu dia tergesa-gesa." Hati kita jadi tenang kan..? Tak rasa nak marah. Tak tambah dosa. =)
Bersangka baik bukan hanya sesama manusia, tetapi kita juga perlu bersangka baik terhadap Allah. Janganlah kita cepat bersangka buruk terhadap Allah jika doa kita tidak dimakbulkan atau apa yang kita mahukan lambat di beri Allah. Sebaliknya cuba bersangka baik dengan berfikir :
"Mungkin Allah sedang aturkan yang terbaik untuk aku."
"Allah sayang aku, sebab itu Dia uji aku."
"Aku tak sendirian sebab Allah sentiasa ada menjaga aku."
Tak rugi kita bersangka baik terhadapa insan lain daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Bersangka baik lah pada setiap perkara yang berlaku kerana setiap sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Jika kita bersangka baik, InsyaAllah apa pun yang terjadi kita akan tetap tenang & tersenyum. Sematkan dalam hati agar iman akan bertambah, aqidah & akhlak juga akan terjaga. InsayaAllah.
nak bersangka baik ni susah kan..sama2 muhasabah diri kita :)
BalasPadammula2 susah. sekali sekala mesti tersangka buruk jgk.tp kalau bersangka baik. hati jd tenang.
BalasPadam