Khamis, 31 Januari 2013

Sijil Oh Sijil

     Akibat kebosanan & x tau nak buat apa. Aku pun ushar/stalk kwn aku ni. Terjumpa album gambar dia time PLKN. Teringat plak ttg kem aku. Janji nak pos sijil ke rumah. Berapa kali dah aku tanya. Sampai sekarang x dapat. Rasanya mmg x kan dapat dah la kan.?? Dah 3 tahun kot. Sijil tu salah cetak no IC aku. So aku request yg baru. Bukan aku sorg. Masa tu ada lg 2 org kwn aku yg nama dia salah. Disebabkan dah nak tamat latihan time tu. Jurulatih cakap dia akan pos ke rumah. Sia2 jela dapat anugerah Pelatih Wirawati Harapan tp sijil x de. Tinggal gambar amik sijil je sbg kenangan. Sangat2 terkilan.




Khamis, 24 Januari 2013

The End Of Semester 3..!!!

Thank to Allah. My third semester had just end last Monday. :D I can't really say that it was ended successfully. But I really hope that it does. Semester 3 sangat-sangatlah mencabar. Banyak dugaan yang perlu ditempuh. Banyak perkara baru yang aku dapat belajar. Apa pun yang telah berlaku, aku tetap gembira dengan hiudp ni. Tetap bersyukur dengan apa yang aku miliki. Walaupun cuti dah bermula. Aku masih di sini untuk memenuhi tanggungjawabku sebagai seorang pemimpin. :D 
[tak sabar nak balik rumah minggu depan]


Harap sem depan tak perlu jumpa buku-buku ni lagi. Semoga apa yang aku pelajari sem ini akan dapat dimanfaatkan dalam kehidupan dengan sebaiknya. Selamat tinggal diucapkan kepada :

1) Principles & Practice of Management.
2) Ordinary Differential Equation
3) Calculus III
4) Econometric
5) Probability & Statistic
6) Korean Language II
7) Gamelan II

Terima kasih kerana memberiku ilmu yang sangat berguna. =)


Khamis, 17 Januari 2013

Oops..!!! Terjatuh lagi.

Hurm.. I always think that time is mine. I can control the time by doing what I'm desired to do. Tapi aku tersalah. Aku terleka dengan apa yang aku miliki. Kali ni aku betul2 dah buat 1 kesalahan yang akan mengubah perjalanan hidup aku. Aku selalu fikir yang aku dah cukup kuat. Ya, aku selalu buat 'cool' depan keluarga dan kawan2 aku. Tapi kali ni aku tewas. Tewas dengan diri sendiri. Aku malu dengan diri aku. Setiap kali aku jatuh. Aku akan cuba bangun sendiri. Setiap kali hati ni gundah. Aku akan tenangkan sendiri. Aku tahu aku bukan sendirian. Tapi aku lebih senang untuk bergerak sendiri tanpa bergantung pada orang lain. Kali ni aku tak kuat. Tak kuat untuk tenangkan diri sendiri. Aku tak suka mengadu pada keluarga aku  mahupun kawan2 yang sentiasa ada untuk aku. Aku selalu mengelak selagi aku mampu untuk selesaikan sendiri. Sungguh kali ni aku rasa lemah. Aku terpaksa akui yang aku perlukan kata2 dari orang yang rapat dengan aku untuk kembali berdiri. Aku tak pernah mengadu pada dia sebab aku tak percayakan dia. Aku ada ego aku sendiri. Mungkin dia terkejut dengan tindakan aku. Aku juga tak sangka aku akan luahkan resah hati aku pada dia sedangkan aku dah sedaya upaya mengelak dari dia. Aku mengelak sebab aku tak nak kita terlalu rapat bukan sebab benci. Kita tetap kawan.

Setiap kali aku jatuh aku akan mengadu pada Sang Pencipta. Aku tahu Dia duga aku kerana Dia sayangkan aku. Dia tak akan duga aku dengan sesuatu yang terlalu berat buat diriku. "Ya Allah, Kau cekalkan hati ini untuk mengharungi segala dugaan-Mu. Kau tabahkan hati ini. Kau permudahkanlah segala urusan ku. Sesungguhnya hanya Engkau tempat aku memohon pertolongan. Ampunkan aku Ya Allah." Aku tetap percaya bahawa setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dia beri apa yang terbaik untuk kita, apa yang kita perlukan bukan apa yang kita mahukan. Belajar dari kesilapan dan belajar untuk terima apa yang berlaku seadanya. Itulah perlajanan sebuah kehidupan. Kehidupan yang hanya sementara.