Suatu ketika dahulu
Aku pernah menjadi pelajar cemerlang
Aku pernah menjadi pelajar harapan
Aku pernah menjadi yang pertama
Aku bisa mendapatkan apa sahaja yang aku idamkan
Aku dikenali ramai
Aku pernah disanjung, dipuji
Aku pernah dijadikan contoh ikutan
Tapi kini
Aku bukan siapa-siapa
Aku tidak lagi dikenali
Aku tidak wujud dipandangan mata manusia
Aku tidak dihargai walau sebesar mana pun sumbangan aku
Aku merupakan antara yang tercorot
Aku tidak mampu miliki apa yang aku idamkan
Aku sedar apa sahaja yang aku miliki adalah bersifat sementara. Aku pernah ditarik beberapa nikmat yang pernah aku miliki. Mungkin ujian buat aku atau mungkin pengajaran kerana aku lupa diri. Aku pernah berada di atas. Aku juga pernah berada di bawah. Aku takkan pernah berhenti utk berusaha memperbaiki hidupku. Kini aku belajar utk bersyukur dgn nikmat yg aku miliki walaupun kecil dan tak setanding insan lain. Aku belajar dari pengalaman.