Isnin, 4 Februari 2013

Aku Bukan Siapa-siapa

Suatu ketika dahulu
Aku pernah menjadi pelajar cemerlang
Aku pernah menjadi pelajar harapan
Aku pernah menjadi yang pertama
Aku bisa mendapatkan apa sahaja yang aku idamkan
Aku dikenali ramai
Aku pernah disanjung, dipuji
Aku pernah dijadikan contoh ikutan

Tapi kini
Aku bukan siapa-siapa
Aku tidak lagi dikenali
Aku tidak wujud dipandangan mata manusia
Aku tidak dihargai walau sebesar mana pun sumbangan aku
Aku merupakan antara yang tercorot
Aku tidak mampu miliki apa yang aku idamkan


Aku sedar apa sahaja yang aku miliki adalah bersifat sementara. Aku pernah ditarik beberapa nikmat yang pernah aku miliki. Mungkin ujian buat aku atau mungkin pengajaran kerana aku lupa diri. Aku pernah berada di atas. Aku juga pernah berada di bawah. Aku takkan pernah berhenti utk berusaha memperbaiki hidupku. Kini aku belajar utk bersyukur dgn nikmat yg aku miliki walaupun kecil dan tak setanding insan lain. Aku belajar dari pengalaman.

Ahad, 3 Februari 2013

Sepetang bersama jiran

     Hari ni sepetang aku lepak dgn jiran tetanggan. Ada jiran bertunang td. Bila dh mula berbual. Macam2 crita la kluar. Gosip jiran tetangga la, lembut jatuh ban, lembu makan pokok, moto jiran kena curi, jiran kena kacau dgn hantu. Habis 2 jam aku duduk dgr makcik2 ni berborak. Asalnya aku pegi sbb nk jmpa kwn aku. Dah lama x jmpa. Waktu dia kawin thn lps aku x dpt blk. Sejak dia kawin, dah jarang blk rmh. Selalu duduk rumah mentua je. Memang susah la nk jmpa. Td jmpa pn x smpai 10 mnt sbb dia ikut rombongan minang abg dia. Sihat je aku tgk. Dh berbadan dua. Dia kata dah 6 bulan. Aku baru je excited nk interview dia apa rasanya bawa budak. Tp x sempat la. :( X pe. Nnt klau dpt jmpa dia lg. Aku interview dia habis-habisan.

     Aku baru tau rumah sewa kat belakang tu dh tukar penghuni. Aku tau pun sbb ada 2 org bdk tgh lapar dtg mkn sekali. Bila aku tanya anak sapa tu. Mula la jiran2 aku bercerita. Kesian bdk tu. Terabai. Selalu makan pegi mintak kat rmh sebelah je. Mak dia keje mlm blk time subuh. Dah blk rmah terus tdo. Bdk2 ni mkn pn tidak. Kalau pegi sklh cari keropok jela jwabnya smpai hbs wang saku. Nak mkn nasi pegi minta simpati dekat jiran sebelah. Baju sekolah bdk laki 2 org tu pn kakak dia yg umo 14 tahun yg basuhkan. Mujur ada jgak kakak yg boleh diharapkan. Kaum ibu, kalau ye pun nk bekerja jgn la sampai abaikan anak. Anak kecik lg. Mana la tau nk uruskan diri sendiri, nak cari makan. Kesian aku tgk bdk2 tu. Aku harap mak bdk2 tu sedar akan tanggungjawab dia dan cuba utk cari kerja lain yg lebih elok, lebih manis dipandang org.

Khamis, 31 Januari 2013

Sijil Oh Sijil

     Akibat kebosanan & x tau nak buat apa. Aku pun ushar/stalk kwn aku ni. Terjumpa album gambar dia time PLKN. Teringat plak ttg kem aku. Janji nak pos sijil ke rumah. Berapa kali dah aku tanya. Sampai sekarang x dapat. Rasanya mmg x kan dapat dah la kan.?? Dah 3 tahun kot. Sijil tu salah cetak no IC aku. So aku request yg baru. Bukan aku sorg. Masa tu ada lg 2 org kwn aku yg nama dia salah. Disebabkan dah nak tamat latihan time tu. Jurulatih cakap dia akan pos ke rumah. Sia2 jela dapat anugerah Pelatih Wirawati Harapan tp sijil x de. Tinggal gambar amik sijil je sbg kenangan. Sangat2 terkilan.