Selasa, 1 Januari 2013

Kembali Ke Pangkal Jalan

     Seandainya kita ditimpa musibah, jangan pernah malu utk mohon pertolongan dari Allah. Walaupun kita selalu melupakan Dia, Dia tak pernah sedetik pun tinggalkan kita sendirian. Kalau semasa kita senang kita lupakan Dia, tak salah pun utk kita mohon pertolongan dari Nya saat kita dlm kesusahan. Sekurang-kurangnya kita tak mohon pertolongan dari makhluk lain. Seteruk mana pun kita melupakan Nya, kita tetap tahu cara utk kembali kepada Nya. Bagus la tu.

     Kadang-kadang kita ditimpa musibah sbb Allah nak kita kembali kepada Nya. Sweet kan Dia, Maha Penyayang. (^_^) . Dia tak pernah lupakan kita. Sentiasa bimbing kita. Jahil macam mana pun kita, walau sekerap mana kita lupakan Dia, Dia tetap sayangkan kita. Aku bersyukur kerana dikurniakan nikmat Islam sejak lahir. Betul, aku pun manusia yg sering lalai. Sering melupakan Nya. Selalu buat salah. Tapi aku sentiasa cuba utk kembali ke jalan Nya. Kadang-kadang jalan yg aku lalui licin hingga membuatkan aku tergelincir. Tapi Dia berikan aku musibah utk bimbing aku kembali ke jalan yg lurus.

     Nasihat aku buat pembaca semua, jgn pernah malu utk kembali ke pangkal jalan. Jangan pernah malu utk mohon pertolongan dari Nya. Jangan ambil hati dgn kata-kata sumbang yg kita dengar setiap kali kita cuba  utk berubah. Berubahlah demi  diri sendiri, niat kerana Allah. Insya Allah dipermudahkan. Jadikanlah hari ini lebih baik dari hari semalam.

"Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat." ~ Pepatah Arab

1 ulasan:

  1. susah nak berubah kalau tak ada org di sisi utk beri semangat.

    BalasPadam