Sabtu, 27 Jun 2009

Telur & bAwaNg..

SEORANG PERMPUAN DIUMPAMAKAN SBGI TELUR
KERANA IA MUDAH PECAH.....
TETAPI APABILA PECAH KITA TETAP XDPT CANTUMKANNYA SEMULA
KERANA SUDAH ROSAK
LELAKI PULA DIUMPAMAKAN SEBAGAI BAWANG
KERANA IANYA MUDAH MENJADI BURUK
TETAPI APABILA DIBUANG KULITNYA
BAWANG ITU TETAP CANTIK DAN BOLEH DIGUNAKAN LAGI
TIDAK SEPERTI TELUR YANG SUDAH PECAH ITU

RenuNgan KatA penGisiaN jiWA..

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…
Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi…
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal……

CinTa SejAti..

Cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan.
Cinta sejati bertapak pada rasa saling menghargai.
Cinta sejati tidak memandang wang,tetapi wang sangat penting untuk memelihara cinta.
Cinta sejati mempunyai tempat hanya untuk dua orang,tidak ada bagi orang ketiga.
Cinta yang sejati berdiri atas dasar hormat.
Cinta sejati ialah cinta ibu kepada anaknya.
Cinta sejati daripada seorang perempuan memberi sayap kepada lelaki,sebaliknya cinta yang palsu memberi belenggu.
Cinta yang sejati hanya dapat dilihat dari sinar pandangan mata.