Ahad, 17 Mac 2013

Aiskrim


Aiskrim adalah sejenis makanan beku dibuat dari hasil tenusu seperti krim atau sejenisnya dan digabungkan dengan perasa dan pemanis.

Sedapkan aiskrim. Siapa suka makan aiskrim cepat angkat tangan. :D hehe. Aku sgt2 suka makan aiskrim. Aiskrim boleh buat aku hepi. Kalau nak pujuk aku bagi aiskrim je (macam budak-budak). Tapi x nak aiskrim coklat. Kurang minat. 

Tahu tak sebenarnya aiskrim tergolong dalam makanan kesukaan Baginda Rasulullah S.A.W? Haaa..!! Aku pun baru je tau lepas tanya Pak Cik Google. Sebab..?? Ada disebut dalam salah satu hadis Baginda Rasulullah S.A.W :

         "Sesungguhnya Rasulullah SAW sukakan makanan yang manis dan sejuk."

Makan aiskrim pun ada kebaikan tau. 
Menurut :sumber ini.

1.Tindakan mengunyah aiskrim bagi kanak-kanak boleh menguatkan gigi mereka.
2.Aiskrim yang sejuk itu boleh mengembalikan sifat pelupa yang keterlaluan.
3.Zat dalam aiskrim boleh memulihkan pesakit insomnia.
4.Kalsium dalam aiskrim juga banyak kelebihannya.


Aiskrim yang paling aku suka ialah ChocoTop. Aiskrim McD. Sebab aiskrim ni ada tinggalkan kenangan utk aku. =) First time makan ChocoTop aku tak tahu yg isi dalam dia vanila. Kawan aku belanja time tu. Puas aku bebel cakap aku tak makan aiskrim yg full dgn coklat sbb muak. Even sebelum dia pergi beli pun aku dah pesan nak vanila, tak nak coklat. Dia pun buat2 tersalah beli. Sebenarnya dia dengar aku cakap. Bila dah makan rupanya kat bahagian dalam tu vanila la. Last2 aku fall in love dgn ChocoTop. Pernah sekali aku nak beli aiskrim ni. Tapi mesin utk buat chocolate yg kat bahagian atas tu rosak. Chocolate tak nak jadi keras. Aku dah setuju nak tukar aiskrim. Tapi mungkin waktu tu muka hepi aku dah makin berkurang kot. Jadi pekerja-pekerja McD & manager McD berusaha nak buat juga aiskrim ChocoTop tu. 3 aiskrim gak jadi experimen sebelum dapat buat ChocoTop yg hampir sempurna utk aku. Terharu kot. Tapi kan ada ke org yg beli aiskrim pukul 10.30 malam.? Ke aku sorg je yg pelik..?? Hehe


* Tengah craving for ChocoTop skrg sbb last Friday nak pegi beli tp x dpt. =( 

Sbb..?? Time beratur kat McD tu aku terlupa nama aiskrim ni. Ushar2 kat iklan tu x de plak nama aiskrim ni. Dah tak tahu nama camna nak order. Angkat kaki keluar la....

Jumaat, 15 Mac 2013

SMF

Perjalanan aku bermula sebagai Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) Junior bersama mereka berdua.


Pada mulanya aku diberi kepercayaan utk menjadi pengerusi majlis bagi Program Majlis Anugerah Dekan pada 22 Oktober 2011. Program pertama aku di UiTM. Aku kemudiannya diberi peluang utk menjadi setiausaha Program DNA Fest pada 28 November 2011 - 4 Disember 2011.

Di awal cuti sem 1, aku diterima utk menjadi SMF, Fakulti Sains Komputer & Matematik.


3 March 2012 : Mengangkat ikrar utk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang SMF.


9 March 2012 : Menerima watikah perlantikan sebagai Setiausaha II bersama - sama 29 rakan seperjuangan yg lain.



5 March 2012 - 2 March 2013 : Kami menjalankan pelbagai aktiviti sbg SMF.

1. Selangkah ke FSKM
2. Majlis Amanat Dekan, Watikah Perlantikan Persatuan Dalaman 2012/2013 dan Program Pemantapan Wawasan
3. Kursus ke Arah Kecemerlangan Akademik
4. Majlis Anugerah Dekan
5. Karnival Sukan FSKM 1Malaysia
6. Malam Pra-Graduan
7. Majlis Pelancaran Yayasan Sukarelawan Siswa
8. Selangkah ke UiTM
9. Steps For Health
10. Road Tour FSKM Siri I (Zon Utara)
11. Road Tour FSKM Siri II (Zon Tengah)
12. Road Tour FSKM Siri III (Zon Selatan)
13. Road Tour FSKM Siri IV (Zon Pantai Timur)
14. Sukan Antara Fakulti
15. Hari Bertemu Pelanggan
16. Quranic Medicine
17. Kursus Pengurusan Jenazah
18. Eksplorasi & Ekspresiasi SMF
19. Program Solat Hajat Perdana FSKM
20. Road To Entrepreneurship
21. Team Building
22. Kursus Pengurusan Organisasi
23. Annual Grand Meeting

*Mungkin ada lg program yg tak disenaraikan. Banyak sgt.

Suka, duka, ceria, ketawa, menangis kami bersama sepanjang setahun

Program terbesar yg pernah kami anjurkan. Melibatkan seluruh FSKM di cawangan & induk
Program Karnival Sukan FSKM 1Malaysia (dpt liputan akhbar sinar)
Program Quranic Medicine
Tetamu jemputan : Saudara Ashraf Muslim & bapa mertuanya, En. Lokman
Majilis Anugerah Dekan
( Satu-satunya program yg aku diberi kepercayaan utk menjadi PENGARAH PROGRAM :D )
Steps For Health
Artis jemputan : Lena AF9 & Erul AF9
Malam Pra-Graduan
Road Tour FSKM Siri I & II
Sambutan Hari Raya Aidilfitri
Kejayaan Kami
Apabila mereka menggila :P
Sesi Perletakkan Jawatan
Selama setahun menjadi seorang pemimpin banyak yg telah aku pelajari. Diri aku mungkin tak banyak berubah, tapi cara aku berfikir & menerima dah  banyak berubah. Aku sedar selama aku menjawat jawatan ini, tanggungjawab yg aku laksanakan tidak betul-betul sempurna. Terlalu banyak kekurangan. Bagi aku itu adalah satu proses pembelajaran. Ilmu & pengalaman yg tak akan dapat aku tuntut di dalam kelas.

Kepada rakan seperjuangan, 
                                            Terima kasih kerana mengajar aku utk menjadi lebih matang
                                            Terima kasih kerana menerima diri ini seadanya


Times fly away but our friendship will always be there. :D

Legasi ini telah berakhir
Mereka ini pula yg akan meneruskan perjuangan kami
Semoga pucuk pimpinan yg baru ini akan lebih berjaya =)
Terima kasih kepada mereka yg telah banyak menyokong & membantu kami

Pemimpin yang bersyukur adalah pemimpin yang sedar bahawa kepemimpinan yang di dipikulnya bukanlah tanda kemuliaan, tetapi kepemimpinan adalah amanah dari Allah.


Khamis, 14 Mac 2013

Sakit Itu Kifarah Dosa


Tahu tak kawan-kawan, apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 malaikat :

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAHNYA ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut.  Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah kifarah dosa.

Kifarah tu apa..???

"Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian oleh yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyait, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada') Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati.  Selagi ketentuan (qada') bagi sakit itu belum menepati qada' Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia.  Jelas di sini membuktikan bahawa ada di antara penuyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan"

Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" 

Subhanallah, betapa Allah itu Mulia dan Baik Hati terhadap kita. 
Jadi, jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda. Bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya.