Ahad, 30 Disember 2012

Dugaan

     Kali ni nak cerita pengalaman fisrt aku stay overnight kat luar. Hari yg sgt2 panjang buat aku. Mula2 khamis mlm x boleh tdo. Tdo kejap je then hari Jumaat pkul 10 dh kluar g shooting video Korea, lunch kat rumah Siti, blk rumah amik kereta, pegi amik Faz dekat stesen bas then terus pegi fakulti. Nak keluar dinner dgn urusetia Karnival Keusahawan (KK). Suppose gather dekat Laman Najib pkul 5 ptg. Tp time aku smpai tu x dak org pn. Then bila smua org dh mula kumpul, kereta sewa plak x smpai2. Disebabkan dah lewat. Dah pkul 6 ptg time tu. Reserve pkul 7 mlm so patut smpai ke Seoul Garden before 7. Nak dijadikan cerita, kereta wira terkunci dari dlm. Sepatutnya gerak 5 buah kereta sekali ke One Utama. Tp disebabkan dah lewat, 2 buah kereta gerak dulu, Unser dgn Kelisa.

     Aku, Siti, Faera, Kerul, Nash, Hakim, Syer, Asyraf, Hafiz dgn sorg lg aku x igt nama. Ktorg stay try bkak wira 2. After sejam baru berjaya. Solat maghrib dulu. Bila 2 buah kereta sewa dah smpai ktorg pn gerak ke One Utama. Pkul 9 baru smpai. Apa lg, perut tgh lapar sgt2. Terus mkn x  igt dunia dah la. Ktorg mkn smpai la Seoul Garden tu nk tutup. Jd last customer. Dah pkul 11 lebih, so almaklumlah la yg kdai2 dekat OU tu pun dah tutup termasuklah pintu2 masuk ke OU. Pegi autopay station plak, smua mesin x nk terima kad parking. Dia ckp "Your card is invalid". Puas la ktorg jelajah OU tu cari mesin autopay & jalan keluar. Tanya security OU skit pn x membantu. Dah mcm ayam dgn itik ckp. Aku tanya dlm bahasa Inggeris dia jawab dlm bahasa Bangladesh. Mmg aku faham la kan. Sejak bila entah aku blajar bahasa Bangladesh. Haish..!! X tau la brapa minit pusing dlm OU tu utk cari jalan. Nasib baik ada jmpa org Melayu yg tgh jln2 kat situ. Dia la yg bgtau jln keluar kat mna.


     Ktorg x blk pn lepas keluar dari OU tu. Ktorg pegi tgk midnight movie dekat Mid Valley. CZ12. Sgt la awesome.X smua pegi. Tgl 4 buah kereta je. Unser dah blk. Juz 16 org yg pegi tgk wyg.  First time aku tgk wyg midnight. Lepas tgk wyg ktorg pegi masjid negara, solat isyak kat sana. Then lepak kedai mamak. Pkul 5.30 pg baru gerak blk Shah Alam. Sampai je fakulti, we meet another problem. Moto plak kena curi. Solat subuh dulu baru la gerak g settle kes moto tu. Perjalanan aku pn bergerak dari Kolej Perindu -> Balai Polis Bantuan -> Balai Polis Seksyen 7 -> Kolej Perindu -> IPD Seksyen 9 -> Balai Polis Bantuan -> Kolej Perindu -> Giant Seksyen 7 -> Rumah Sewa. Akhirnya pkul 10.30 pg aku smpai kat rmh.

     First time pegi OU, first time mkn dekat Seoul Garden, first time tgk wyg midnight, first time overnight, first time ikut wat report polis utk kes curi. Byk betul first time kali  ni. Gambar x de utk kali ni sbb ada dlm handphone kwn.

Tengah berusaha buka kereta yg dah terkunci dari dalam

Jumaat, 28 Disember 2012

Sepotong Doa

Ya Allah,
Seandainya dia bukan jodohku, Kau jauhilah dia dari hati ku. Kau peliharalah hati kami agar tiada yg terluka.

Ya Allah,
Seandainya ditakdirkan dia adalah jodohku, Kau tetapkanlah jarak antara kami sehingga saat dia halal buatku supaya hubungan ini terhindar dari kemurkaanmu.

Ya Allah,
Kau hilangkanlah rasa rinduku kpdnya. Sebaliknya Kau tebalkanlah rasa rinduku kpd-Mu. Sesungguhnya aku rindu utk berada dekat disampingmu Ya Allah.

Ya Allah,
Kau peliharalah hubunganku dgn org-org disekelilingku. Jauhilah diriku dari hati rakan-rakanku yg inginkan hubungan yg lebih akrab antara kami kerana aku tak ingin mereka terluka dgn sikapku.

Ya Allah,
Kau makbulkanlah doa hambaMu ini.

Amin Ya Rabbal 'Alamin

Khamis, 27 Disember 2012

Mistakes


     Setiap org mesti penah buat salah kn.? Kadang2 kesalahan yg kecil je. Kadang2 kesalahan yg besar. Biasanya bila kita dh pernah buat salah sekali, kita akan lebih ingat utk tak ulang kesalahan yg sma kan.? Sebab kita boleh belajar dari kesalahan. Aku tak faham dgn org yg 'judge' org lain yg buat kesalahan dgn menganggap org tu x boleh dah diberi peluang sbb nnt dia akan ulang kesalahan yg sama. Aku rasa benda ni x adil. Sepatutnya kita bg peluang dekat org yg buat salah tu utk cuba lg. Bg dorongan kat dia supaya dia jd lebih yakin dan berani lepas apa yg dia dah pernah buat.

    Cuba fikir balik. Waktu kita kecil dulu, masa kita mula2 berdiri & belajar melangkah setapak demi setapak, mesti kita pernah terjatuh kan? Mungkin kita terluka waktu tu atau mungkin kita menangis. Tp ibu bapa kita tak marah kita pn. Mereka tak larang pn utk kita cuba berdiri & melangkah semula. Malah mereka pimpin tangan kita. Mereka tolong kita utk belajar berjalan hingga betul. Tengok sekarang, kita bkn je boleh berjalan, siap boleh berlari lagi. Berjalan pn ada pelbagai gaya. Kalau lah waktu kita terjatuh dulu, ibu bapa kita 'judge' kita dgn cakap " Eh, jangan bagi anak kita ni berdiri lg la! Lagipun dia x boleh berjalan. Kalau dia menapak macam tu lg nnt mesti jatuh. Kalau terluka kita juga yg susah." Kalau ibu bapa kita fikir macam  tu  mungkin skrg kita tak mampu nak berjalan. Atau mungkin kita baru boleh berjalan waktu kanak2 lain dah pantas berlari.

     Jadi, kalau lah ada org sekeliling kita pernah buat salah, jgn pernah larang dia utk cuba lg. Doronglah dia utk betulkan kesalahan dia. Waktu kita mula belajar berjalan dulu kita tak minta pn utk terjatuh kn? Begitu juga org sekeliling kita yg pernah buat kesalahan. Mungkin secara tak sengaja. Paling tak pn. Cuba bayangkan kalau kita berada di tempat dia. Mungkin macam tu baru kita boleh rasa apa yg dia rasa.

    Ingatlah yg semua org pernah melakukan kesalahan termasuk diri kita yg sentiasa belajar perkara baru setiap hari. Dan ingat yg semua org berhak utk diberi peluang lepas buat salah. Jadi, renung-renungkan & selamat beramal. (^_^)

P/S : Maaf jika ada yg tersinggung dgn post kali ini.