Setiap org mesti penah buat salah kn.? Kadang2 kesalahan yg kecil je. Kadang2 kesalahan yg besar. Biasanya bila kita dh pernah buat salah sekali, kita akan lebih ingat utk tak ulang kesalahan yg sma kan.? Sebab kita boleh belajar dari kesalahan. Aku tak faham dgn org yg 'judge' org lain yg buat kesalahan dgn menganggap org tu x boleh dah diberi peluang sbb nnt dia akan ulang kesalahan yg sama. Aku rasa benda ni x adil. Sepatutnya kita bg peluang dekat org yg buat salah tu utk cuba lg. Bg dorongan kat dia supaya dia jd lebih yakin dan berani lepas apa yg dia dah pernah buat.
Cuba fikir balik. Waktu kita kecil dulu, masa kita mula2 berdiri & belajar melangkah setapak demi setapak, mesti kita pernah terjatuh kan? Mungkin kita terluka waktu tu atau mungkin kita menangis. Tp ibu bapa kita tak marah kita pn. Mereka tak larang pn utk kita cuba berdiri & melangkah semula. Malah mereka pimpin tangan kita. Mereka tolong kita utk belajar berjalan hingga betul. Tengok sekarang, kita bkn je boleh berjalan, siap boleh berlari lagi. Berjalan pn ada pelbagai gaya. Kalau lah waktu kita terjatuh dulu, ibu bapa kita 'judge' kita dgn cakap " Eh, jangan bagi anak kita ni berdiri lg la! Lagipun dia x boleh berjalan. Kalau dia menapak macam tu lg nnt mesti jatuh. Kalau terluka kita juga yg susah." Kalau ibu bapa kita fikir macam tu mungkin skrg kita tak mampu nak berjalan. Atau mungkin kita baru boleh berjalan waktu kanak2 lain dah pantas berlari.
Jadi, kalau lah ada org sekeliling kita pernah buat salah, jgn pernah larang dia utk cuba lg. Doronglah dia utk betulkan kesalahan dia. Waktu kita mula belajar berjalan dulu kita tak minta pn utk terjatuh kn? Begitu juga org sekeliling kita yg pernah buat kesalahan. Mungkin secara tak sengaja. Paling tak pn. Cuba bayangkan kalau kita berada di tempat dia. Mungkin macam tu baru kita boleh rasa apa yg dia rasa.
Ingatlah yg semua org pernah melakukan kesalahan termasuk diri kita yg sentiasa belajar perkara baru setiap hari. Dan ingat yg semua org berhak utk diberi peluang lepas buat salah. Jadi, renung-renungkan & selamat beramal. (^_^)
P/S : Maaf jika ada yg tersinggung dgn post kali ini.
P/S : Maaf jika ada yg tersinggung dgn post kali ini.