Selasa, 19 Februari 2013

Bahtera

Sebuah bahtera mula belayar
Menuju ke satu destinasi yg belum pasti
Pada mulanya ahli nakhoda saling tak kenal
Apabila bahtera sudah jauh dari daratan
Ikatan antara nakhoda makin erat
Sebesar mana pun penat lelah yg ditanggung
Semuanya terubat bila tawa terlerai, senyuman terukir
Ikatan antara nakhoda kemudiannya ibarat keluarga
Setelah bahtera berada di tengah lautan
Gelora di lautan makin kuat
Bahtera mula dipukul ombak besar
Ada nakhoda yg terjatuh
Akibatnya, keluarga kurang ahlinya
Namun pelayaran tetap diteruskan
Siapa sangka ribut pula yg datang
Meleraikan ikatan sebuah keluarga
Di saat pelayaran hampir ke penghujungnya
Akhirnya apabila tiba di daratan
Ahli nakhoda membawa diri masing - masing
Terlerai sudah sebuah ikatan yg terjalin
Hanya kenangan yg ditinggalkan
Tapi sayang kenangan pahit yg baru muncul menimbus kenangan manis yg telah lama tersemai
Tiada lg perkara indah yg tinggal

Ahad, 17 Februari 2013

Kisah Pengajaran Yang Akan Membuatkan Anda Berfikir


Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya .

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.

Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.

Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah

Kalau semua nak tahu ...

Si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah.

2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.

Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita..

Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.

Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia.

Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu.

Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..Sama2 lah kita muhasabah diri msing2 sblum trlambat..

p/s : Jadi adakah anda masih merasakan bahawa dunia ini tempat untuk bermain dan bersenda gurau?

BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA, DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG


.:: copypaste version ::.

Khamis, 7 Februari 2013

Hangul 9 : Basic Conversations

Hello.! It's been a long time. Lets continue our lesson with some words which is used as basic conversations. You just need to memorize all of these words. Take it easy.

/                          
[ Ne / Ye]                      
Yes                              
아니오
[Anio]
No
여보세요
[Yeoboseyo]
Hello
안녕하세요
[Annyeong haseyo]
How are you 
안녕히 계세요
[Annyong-hi gyeseyo]
Goodbye 
*said by person who wants to leave
안녕히 가세요
[Annyeong-hi gaseyo]
 Goodbye 
*said by person who wants to stay
어서 오세요
[Eoseo oseyo]
Welcome 
고맙습니다 / 감사합니다
[Gomapseumnida / Gamsahamnida]
Thank You 
천만에요
[Cheonmaneyo]
Your welcome

미안합니다 / 죄송합니다
[Mianhamnida / Joesong-hamnida]
I’m Sorry 
괜찮습니다
[Gwaenchansseumnida]
It’s Alright

실례합니다
[Sillyehamnida]
Excuse Me

Selasa, 5 Februari 2013

Road Tour FSKM Siri IV

Ha..walaupun dah basi crita ni. Aku tetap nak kongsi. Dah lama nak tulis entry ni. Tp asyik bertangguh je sbb x de gambar. Apakn daya. Aku tertinggal kamera la. :( Aku blk lewat seminggu cuti sem ni sbb join Road Tour FSKM Siri IV. Antara program yg terakhir aku bersama dgn family SMF. Tentang SMF? I'll talk about it next time. 

Road Tour FSKM Siri IV (Pantai Timur) telah berlangsung dgn jayanya selama 4  hari 3 mlm pada 25-27 Januari 2013.Perjalanan bermula dari UiTM Shah Alam -> UiTM Dungun -> Pasar Payang -> Pantai Batu Buruk -> Kedai Keropok Lekor, Seberang Takir -> Kota Bharu -> Wakaf Che Yeh -> SMK Kemumin, Pengkalan Chepa -> SMS Faris Petra -> SMK Paloh -> UiTM Shah Alam.

Hari pertama sgt2 best sbb dpt homestay tepi pantai (pantai = tmpt favourite). Dapat la jln2 tepi pantai. :D
Utk program kali ni peserta terdiri dri pelajar yg 16 & 17 tahun.  Agak akward bg aku sbb they call me Kak Syida. Dah lama x guna panggilan tu. Dekat UiTM kalau ada org yg lebih muda dari aku pn aku x bg dorg pgl aku kak. Lebih selesa kalau just panggil Syida sbb aku x reti nk bahasakan diri sbg kakak. Aku prefer guna aku-hg or aku-ko. Aku tgk bdk2 ni ada yg berminat n ada yg tak. Tp cikgu2 sklh tu sgt2 mengalu-alukan kedatangan km sampai pesan lps ni klau dtg lg, biar la lama sikit.

Kenalan aku akan bertambah setiap kali join prorgram. Kali ni aku dapat berkenalan dgn twin, nuna, aan, sakinah, naimah, hadi, hakim, syafiq, ashraf, ammerul & syahid. Tak rugi pn kalau tambah kenalan. Dorg smua muda sthn dari aku. Even dorg pgl kwn2 aku dgn gelaran kak, aku tetap x bg dorg pgl aku kak. So aku rasa lebih rapat sbg kawan instead of senior-junior. Teringin nak crita detail program. Tp x best sbb gambar ada skit je dgn aku. So setakat ini saja.

Gambar-gambar di Uitm Dungun dan tepi pantai
(Please click on the picture for a better view. You can also use arrow key
to move to next picture once you click on it)

Suasana matahari terbit
Kiri - Ajk Road Tour FSKM Siri IV & Kanan - Pelajar UiTM Dungun
Permainan Pembaca Berita Berkepala 3
Baju Purple - UiTM Shah Alam & Baju Hitam - UiTM Dungun
Mereka yg baru aku kenali
Family SMF yg turut serta
UiTM Shah Alam & UiTM Dungun
*Bila dh dpt gmbr nnt aku update post ni.

Isnin, 4 Februari 2013

Aku Bukan Siapa-siapa

Suatu ketika dahulu
Aku pernah menjadi pelajar cemerlang
Aku pernah menjadi pelajar harapan
Aku pernah menjadi yang pertama
Aku bisa mendapatkan apa sahaja yang aku idamkan
Aku dikenali ramai
Aku pernah disanjung, dipuji
Aku pernah dijadikan contoh ikutan

Tapi kini
Aku bukan siapa-siapa
Aku tidak lagi dikenali
Aku tidak wujud dipandangan mata manusia
Aku tidak dihargai walau sebesar mana pun sumbangan aku
Aku merupakan antara yang tercorot
Aku tidak mampu miliki apa yang aku idamkan


Aku sedar apa sahaja yang aku miliki adalah bersifat sementara. Aku pernah ditarik beberapa nikmat yang pernah aku miliki. Mungkin ujian buat aku atau mungkin pengajaran kerana aku lupa diri. Aku pernah berada di atas. Aku juga pernah berada di bawah. Aku takkan pernah berhenti utk berusaha memperbaiki hidupku. Kini aku belajar utk bersyukur dgn nikmat yg aku miliki walaupun kecil dan tak setanding insan lain. Aku belajar dari pengalaman.

Ahad, 3 Februari 2013

Sepetang bersama jiran

     Hari ni sepetang aku lepak dgn jiran tetanggan. Ada jiran bertunang td. Bila dh mula berbual. Macam2 crita la kluar. Gosip jiran tetangga la, lembut jatuh ban, lembu makan pokok, moto jiran kena curi, jiran kena kacau dgn hantu. Habis 2 jam aku duduk dgr makcik2 ni berborak. Asalnya aku pegi sbb nk jmpa kwn aku. Dah lama x jmpa. Waktu dia kawin thn lps aku x dpt blk. Sejak dia kawin, dah jarang blk rmh. Selalu duduk rumah mentua je. Memang susah la nk jmpa. Td jmpa pn x smpai 10 mnt sbb dia ikut rombongan minang abg dia. Sihat je aku tgk. Dh berbadan dua. Dia kata dah 6 bulan. Aku baru je excited nk interview dia apa rasanya bawa budak. Tp x sempat la. :( X pe. Nnt klau dpt jmpa dia lg. Aku interview dia habis-habisan.

     Aku baru tau rumah sewa kat belakang tu dh tukar penghuni. Aku tau pun sbb ada 2 org bdk tgh lapar dtg mkn sekali. Bila aku tanya anak sapa tu. Mula la jiran2 aku bercerita. Kesian bdk tu. Terabai. Selalu makan pegi mintak kat rmh sebelah je. Mak dia keje mlm blk time subuh. Dah blk rmah terus tdo. Bdk2 ni mkn pn tidak. Kalau pegi sklh cari keropok jela jwabnya smpai hbs wang saku. Nak mkn nasi pegi minta simpati dekat jiran sebelah. Baju sekolah bdk laki 2 org tu pn kakak dia yg umo 14 tahun yg basuhkan. Mujur ada jgak kakak yg boleh diharapkan. Kaum ibu, kalau ye pun nk bekerja jgn la sampai abaikan anak. Anak kecik lg. Mana la tau nk uruskan diri sendiri, nak cari makan. Kesian aku tgk bdk2 tu. Aku harap mak bdk2 tu sedar akan tanggungjawab dia dan cuba utk cari kerja lain yg lebih elok, lebih manis dipandang org.