Isnin, 31 Disember 2012

Seram

     Seramnya.! Final lg 6 hari tp aku x study lg. Mmg la kepala aku ni jenis yg hadam smua bnda last minute. Sepatutnya skrg ni aku dh mula belajar. Ini tak. Asyik nak tidur je. Smua gara2 x jaga masa tidur. Hari Jumaat tak tidur langsung. Masa tidur dah terlari. Sampai skrg x dpt nk betulkn lg. Asyik nak tidur je tak kira masa. Haish, parah ni.! Syida..Syida..Tlg la sedar diri. Tak boleh terus macam ni. =_="



Ahad, 30 Disember 2012

Dugaan

     Kali ni nak cerita pengalaman fisrt aku stay overnight kat luar. Hari yg sgt2 panjang buat aku. Mula2 khamis mlm x boleh tdo. Tdo kejap je then hari Jumaat pkul 10 dh kluar g shooting video Korea, lunch kat rumah Siti, blk rumah amik kereta, pegi amik Faz dekat stesen bas then terus pegi fakulti. Nak keluar dinner dgn urusetia Karnival Keusahawan (KK). Suppose gather dekat Laman Najib pkul 5 ptg. Tp time aku smpai tu x dak org pn. Then bila smua org dh mula kumpul, kereta sewa plak x smpai2. Disebabkan dah lewat. Dah pkul 6 ptg time tu. Reserve pkul 7 mlm so patut smpai ke Seoul Garden before 7. Nak dijadikan cerita, kereta wira terkunci dari dlm. Sepatutnya gerak 5 buah kereta sekali ke One Utama. Tp disebabkan dah lewat, 2 buah kereta gerak dulu, Unser dgn Kelisa.

     Aku, Siti, Faera, Kerul, Nash, Hakim, Syer, Asyraf, Hafiz dgn sorg lg aku x igt nama. Ktorg stay try bkak wira 2. After sejam baru berjaya. Solat maghrib dulu. Bila 2 buah kereta sewa dah smpai ktorg pn gerak ke One Utama. Pkul 9 baru smpai. Apa lg, perut tgh lapar sgt2. Terus mkn x  igt dunia dah la. Ktorg mkn smpai la Seoul Garden tu nk tutup. Jd last customer. Dah pkul 11 lebih, so almaklumlah la yg kdai2 dekat OU tu pun dah tutup termasuklah pintu2 masuk ke OU. Pegi autopay station plak, smua mesin x nk terima kad parking. Dia ckp "Your card is invalid". Puas la ktorg jelajah OU tu cari mesin autopay & jalan keluar. Tanya security OU skit pn x membantu. Dah mcm ayam dgn itik ckp. Aku tanya dlm bahasa Inggeris dia jawab dlm bahasa Bangladesh. Mmg aku faham la kan. Sejak bila entah aku blajar bahasa Bangladesh. Haish..!! X tau la brapa minit pusing dlm OU tu utk cari jalan. Nasib baik ada jmpa org Melayu yg tgh jln2 kat situ. Dia la yg bgtau jln keluar kat mna.


     Ktorg x blk pn lepas keluar dari OU tu. Ktorg pegi tgk midnight movie dekat Mid Valley. CZ12. Sgt la awesome.X smua pegi. Tgl 4 buah kereta je. Unser dah blk. Juz 16 org yg pegi tgk wyg.  First time aku tgk wyg midnight. Lepas tgk wyg ktorg pegi masjid negara, solat isyak kat sana. Then lepak kedai mamak. Pkul 5.30 pg baru gerak blk Shah Alam. Sampai je fakulti, we meet another problem. Moto plak kena curi. Solat subuh dulu baru la gerak g settle kes moto tu. Perjalanan aku pn bergerak dari Kolej Perindu -> Balai Polis Bantuan -> Balai Polis Seksyen 7 -> Kolej Perindu -> IPD Seksyen 9 -> Balai Polis Bantuan -> Kolej Perindu -> Giant Seksyen 7 -> Rumah Sewa. Akhirnya pkul 10.30 pg aku smpai kat rmh.

     First time pegi OU, first time mkn dekat Seoul Garden, first time tgk wyg midnight, first time overnight, first time ikut wat report polis utk kes curi. Byk betul first time kali  ni. Gambar x de utk kali ni sbb ada dlm handphone kwn.

Tengah berusaha buka kereta yg dah terkunci dari dalam

Jumaat, 28 Disember 2012

Sepotong Doa

Ya Allah,
Seandainya dia bukan jodohku, Kau jauhilah dia dari hati ku. Kau peliharalah hati kami agar tiada yg terluka.

Ya Allah,
Seandainya ditakdirkan dia adalah jodohku, Kau tetapkanlah jarak antara kami sehingga saat dia halal buatku supaya hubungan ini terhindar dari kemurkaanmu.

Ya Allah,
Kau hilangkanlah rasa rinduku kpdnya. Sebaliknya Kau tebalkanlah rasa rinduku kpd-Mu. Sesungguhnya aku rindu utk berada dekat disampingmu Ya Allah.

Ya Allah,
Kau peliharalah hubunganku dgn org-org disekelilingku. Jauhilah diriku dari hati rakan-rakanku yg inginkan hubungan yg lebih akrab antara kami kerana aku tak ingin mereka terluka dgn sikapku.

Ya Allah,
Kau makbulkanlah doa hambaMu ini.

Amin Ya Rabbal 'Alamin

Khamis, 27 Disember 2012

Mistakes


     Setiap org mesti penah buat salah kn.? Kadang2 kesalahan yg kecil je. Kadang2 kesalahan yg besar. Biasanya bila kita dh pernah buat salah sekali, kita akan lebih ingat utk tak ulang kesalahan yg sma kan.? Sebab kita boleh belajar dari kesalahan. Aku tak faham dgn org yg 'judge' org lain yg buat kesalahan dgn menganggap org tu x boleh dah diberi peluang sbb nnt dia akan ulang kesalahan yg sama. Aku rasa benda ni x adil. Sepatutnya kita bg peluang dekat org yg buat salah tu utk cuba lg. Bg dorongan kat dia supaya dia jd lebih yakin dan berani lepas apa yg dia dah pernah buat.

    Cuba fikir balik. Waktu kita kecil dulu, masa kita mula2 berdiri & belajar melangkah setapak demi setapak, mesti kita pernah terjatuh kan? Mungkin kita terluka waktu tu atau mungkin kita menangis. Tp ibu bapa kita tak marah kita pn. Mereka tak larang pn utk kita cuba berdiri & melangkah semula. Malah mereka pimpin tangan kita. Mereka tolong kita utk belajar berjalan hingga betul. Tengok sekarang, kita bkn je boleh berjalan, siap boleh berlari lagi. Berjalan pn ada pelbagai gaya. Kalau lah waktu kita terjatuh dulu, ibu bapa kita 'judge' kita dgn cakap " Eh, jangan bagi anak kita ni berdiri lg la! Lagipun dia x boleh berjalan. Kalau dia menapak macam tu lg nnt mesti jatuh. Kalau terluka kita juga yg susah." Kalau ibu bapa kita fikir macam  tu  mungkin skrg kita tak mampu nak berjalan. Atau mungkin kita baru boleh berjalan waktu kanak2 lain dah pantas berlari.

     Jadi, kalau lah ada org sekeliling kita pernah buat salah, jgn pernah larang dia utk cuba lg. Doronglah dia utk betulkan kesalahan dia. Waktu kita mula belajar berjalan dulu kita tak minta pn utk terjatuh kn? Begitu juga org sekeliling kita yg pernah buat kesalahan. Mungkin secara tak sengaja. Paling tak pn. Cuba bayangkan kalau kita berada di tempat dia. Mungkin macam tu baru kita boleh rasa apa yg dia rasa.

    Ingatlah yg semua org pernah melakukan kesalahan termasuk diri kita yg sentiasa belajar perkara baru setiap hari. Dan ingat yg semua org berhak utk diberi peluang lepas buat salah. Jadi, renung-renungkan & selamat beramal. (^_^)

P/S : Maaf jika ada yg tersinggung dgn post kali ini.

Rabu, 26 Disember 2012

Skrip Korea dah siap..!!!

Yeay..!! Skrip korea utk sem ni dh siap. Tinggal nk shoot video je. Tunggu smua org dh ada kat Shah Alam baru bole shoot. Tema kali ni kena perkenalkan sorg kwn baru. Ni ha skrip yg dh siap 2.






........

Disebabkan dh mula study week. Mood aku yg suka b'kurung pn dtg. So smlm kluar kejap g mydin cari brg dapur. Lepas ni masak jela bla nk mkn. X yah kluar cari makanan utk 3-4 hari. Boleh la study dgn senang hati. Tp dugaan tdo la plak kuat. Haish. Harap2 dpt cpai target utk sem ni . (^_^)

Inilah brg dapur yg dibeli

Spent about RM 23.50

Cukup la utk mkn sorg2

Isnin, 24 Disember 2012

Comic Fiesta

Smlm pegi Comic Fiesta dekat KLCC temanakan Laila. Rmai btul manusia kat sna. Pening kepala tgk. Time naik LRT x la rmai sgt. X caya?? Tgk ni.


Even nak masuk toilet pn kena beratur panjang tau..!!


Ada costume play kat Comic Fiesta 2. Rugi betul x bawa kamera. Tp aku cuma kenal watak dlm naruto, conan, one piece, iron man n Mr. America. So x dela excited sgt. Bole la kalau sekadar nk jln2 rehatkn minda sblm struggle utk final. Snap picture skit je sbb juz pkai phone yg x brapa nk up to date. Tp yg plg penting, aku & Laila dpt msuk free. X yah beli tiket yg RM20..haha
















Jakun kejap sbb bkn slalu naik LRT ni.

Sje nak b'gambar.
Laila pn sibuk nk b'gmbr.hehe


Baru lepas diselamatkan oleh hero2 filem.haha
Lepas dh puas jln2. Naik la semula LRT ke Jalan Hang Tuah. Amik kereta then mencari mknn sbb perut ni dh menyanyi2 mnx mknn. So next destination is Padang Jawa.


Makanan yg telah mengisi perut kosong kami berdua.
Selesai mkn. Balik la rmh. Seronok sbb dpt tgk bnda baru. Pegi tmpt baru. Thanks to Nik Laila Farhana. Dah jln2, so skrg masa utk belajar. Final dh dekat..!!!!

Sabtu, 15 Disember 2012

Luahan Perasaan..???

     Org x tau kn apa yg ada dlm hati kita.?? Kdg2 org ckp kita ni pentingkn diri, x fikir ttg org lain. X nk jga hati org lain. Tau nk org je jaga hati kita. Dorg x tahu yg sbenarnya kita dh usaha utk jaga hati org lain. Terutama org yg dekat dgn kita. Kita x mmpu nk faham hati org. Kita x mmpu nk baca fikiran org. Jd x mustahil kn kalau cara kita utk jaga hati org kdg2 mcm x kena pada tempatnya.

     Aku sayang smua org sekeliling aku. Sebab bg aku, baik & buruk dorg adlh sebahagian dari hidup aku. X kisah la baik atau x, kehadiran dorg la yg mencorakan hari2 aku. Kdg2 gembira, kdg2 sedih, kdg2 stress, mcm2 la. Yg pasti aku x pndai amik hati org, aku x pndai nk pujuk org, aku cuma mmpu dgr je luahan org. Aku harap kwn2 aku dpt terima diri aku seadanya. Aku dh cuba utk amik hati, dh cuba nk jd 'sweet'2. Tp x mnjadi sgt la. :P

    Sebenarnya kita x boleh nk mengharapkan pertolongan org lain sgt kn.? Yg pntg dri sndri, keluarga n beberapa org yg rapat dgn kita. Sbb b'dasarkan pengalaman aku, org cuma akn ringan tulang nk tolong org yg rapat dgn dorg je. Kdg2, ada sesetengah org baik kat depan je. Bila minta tolong, dia cuba tolong. Tp kat belakang mengutuk, mengungkit. Kdg2 sedara mara sendiri pn boleh buat mcm 2. Bkn sekadar kwn je tau.!! Tak salah kan kalau kita tolong org lain x kira la rapat ke x. Selagi kita mampu apa salahnya kalau hulurkan tangan utk tolong. Cuma jgn smpai tertipu sudah la. Mana la tau, sekarang hari dia, esok lusa hari kita plak. Hari2 kita x sentiasa cerah kn..?? Kdg2 mendung, kdg2 hujan, kdg2 siap ada ribut petir lg. Jd jgn la pntgkn diri sgt wktu hari kita cerah. Ikhlaskn hati bila menolong org lain. :D

    Pelik kn post aku kali ni. Maaf..!!! Aku sekadar nk meluahkan sbb dah x tau kat mn nk luahkn. Sebahagian perkara boleh diluahkan dekat kwn2 yg rapat. Tp kdg2 ada gak bnda yg lebih baik dipendam sendiri. Okey, done..!! X nk ckp apa2 dh. Bye2