Sabtu, 30 Mac 2013

Zaman Kanak-kanak

Tengok budak2 bawah rumah main bola, teringat zaman kanak2 dulu. Aku pun sama. Sorg perempuan main bola dgn ramai laki. Last main bola masa darjah 6. Dari kecil aku main dgn kawan2 abg aku je. Rasanya dah masuk sekolah rendah baru aku main dgn bdk2 perempuan. Sebab kat kawasan rumah aku tak ramai bdk perempuan. Ada sorg je. Yang lain semua seberang jalan. Tapi aku main bola dekat padang, budak2 bawah rumah ni main bola atas lantai je. Tak seronok.!! Permainan budak2 zaman sekarang dah tak sama macam zaman kanak-kanak aku dulu. Sekarang dah moden. Aku tgk budak2 sekarang banyak yg main iPad je.


Main tiang waktu rehat atau sebelum kelas
Main titik-titik bila cikgu tak masuk kelas
Main sorok-sorok
Main tudung tin
Main pick up stick
Main Pemadam (kalau menang dapat pemadam orang yg kalah

Senapang getah

Ting-ting (aku panggil jengket-jengket)

Patung kertas yg ada banyak baju

Main guli

Gasing (kalau dapat pecahkan gasing orang lain kira hebat la.)

Kapal terbang polisterine

Lompat getah (aku panggil zero point)

Main old maid/happy family

Okey zaman dulu kalau ada benda ni dah cukup hebat. Tapi sekarang nak beli ni kat pasar malan pun dah malu.
(budak2 sekarang main psp.)

Dam ular. Macam - jenis dam ada masa tu.

Beli ni dapat mainan. (budak2 sekarang layan kinder egg je)

Main Yo-Yo (masa ni popukar gila cerita kartun yg main yoyo tu.tp tak ingat nama apa)

Kalau dapat kenakan orang memang seronok

Main tuju/baling kasut

Ada pistol ni dulu memang best. Bunyi kuat.



Paling ramai budak2 zaman sekarang main ni je
# Rindunya zaman kanak-kanak dulu. =)

Ahad, 24 Mac 2013

Bersangka Baik / Husnudzan


Apa itu Bersangka Baik / Husnudzan..?

Bersangka Baik / Husnudzan bermaksud berlapang dada dengan sesiapa sahaja tanpa menaruh sebarang syak wasangka kecuali mempunyai bukti yang nyata.

Kepada siapa kita perlu bersangka baik..?

1. Allah (paling utama).
2. Sesama manusia (lebih-lebih lagi sesama muslim). 

Bersangka baik adalah sifat yang cukup indah & mampu mengeratkan ikatan ukhuwah yang terjalin. Tak semua insan dapat bersangka baik 100%. Sekuat mana pun kita mampu bersangka baik, mesti ada ketika kita akan bersangka buruk. Tak kisahlah sesama manusia ataupun dengan Allah. Kerana kita ini adalah insan yang lemah. Tapi cubalah untuk tidak terlalu lama bersangka buruk. Bila ada perasaan begitu, cepat-cepatlah beristighfar. Semoga perasaan itu cepat hilang dan digantikan dengan perasaan yang baik.

Contoh situasi : 

Ketika sedang memandu kereta, tiba-tiba ada sebuah kereta yang dipandu secara laju & merbahaya melintas kita. Jika kita bersangka buruk, mungkin kita sudah memaki hamun pemandu itu walaupun pada hakikatnya dia tidak mendengar. Jika kita bersangka baik, mungkin dalam hati kita berkata "Owh, mungkin dia ada perkara kecemasan sebab tu dia tergesa-gesa." Hati kita jadi tenang kan..? Tak rasa nak marah. Tak tambah dosa. =)


Bersangka baik bukan hanya sesama manusia, tetapi kita juga perlu bersangka baik terhadap Allah. Janganlah kita cepat bersangka buruk terhadap Allah jika doa kita tidak dimakbulkan atau apa yang kita mahukan lambat di beri Allah. Sebaliknya cuba bersangka baik dengan berfikir : 

"Mungkin Allah sedang aturkan yang terbaik untuk aku."
"Allah sayang aku, sebab itu Dia uji aku."
"Aku tak sendirian sebab Allah sentiasa ada menjaga aku."


Tak rugi kita bersangka baik terhadapa insan lain daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Bersangka baik lah pada setiap perkara yang berlaku kerana setiap sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Jika kita bersangka baik, InsyaAllah apa pun yang terjadi kita akan tetap tenang & tersenyum. Sematkan dalam hati agar iman akan bertambah, aqidah & akhlak juga akan terjaga. InsayaAllah.


Ahad, 17 Mac 2013

Aiskrim


Aiskrim adalah sejenis makanan beku dibuat dari hasil tenusu seperti krim atau sejenisnya dan digabungkan dengan perasa dan pemanis.

Sedapkan aiskrim. Siapa suka makan aiskrim cepat angkat tangan. :D hehe. Aku sgt2 suka makan aiskrim. Aiskrim boleh buat aku hepi. Kalau nak pujuk aku bagi aiskrim je (macam budak-budak). Tapi x nak aiskrim coklat. Kurang minat. 

Tahu tak sebenarnya aiskrim tergolong dalam makanan kesukaan Baginda Rasulullah S.A.W? Haaa..!! Aku pun baru je tau lepas tanya Pak Cik Google. Sebab..?? Ada disebut dalam salah satu hadis Baginda Rasulullah S.A.W :

         "Sesungguhnya Rasulullah SAW sukakan makanan yang manis dan sejuk."

Makan aiskrim pun ada kebaikan tau. 
Menurut :sumber ini.

1.Tindakan mengunyah aiskrim bagi kanak-kanak boleh menguatkan gigi mereka.
2.Aiskrim yang sejuk itu boleh mengembalikan sifat pelupa yang keterlaluan.
3.Zat dalam aiskrim boleh memulihkan pesakit insomnia.
4.Kalsium dalam aiskrim juga banyak kelebihannya.


Aiskrim yang paling aku suka ialah ChocoTop. Aiskrim McD. Sebab aiskrim ni ada tinggalkan kenangan utk aku. =) First time makan ChocoTop aku tak tahu yg isi dalam dia vanila. Kawan aku belanja time tu. Puas aku bebel cakap aku tak makan aiskrim yg full dgn coklat sbb muak. Even sebelum dia pergi beli pun aku dah pesan nak vanila, tak nak coklat. Dia pun buat2 tersalah beli. Sebenarnya dia dengar aku cakap. Bila dah makan rupanya kat bahagian dalam tu vanila la. Last2 aku fall in love dgn ChocoTop. Pernah sekali aku nak beli aiskrim ni. Tapi mesin utk buat chocolate yg kat bahagian atas tu rosak. Chocolate tak nak jadi keras. Aku dah setuju nak tukar aiskrim. Tapi mungkin waktu tu muka hepi aku dah makin berkurang kot. Jadi pekerja-pekerja McD & manager McD berusaha nak buat juga aiskrim ChocoTop tu. 3 aiskrim gak jadi experimen sebelum dapat buat ChocoTop yg hampir sempurna utk aku. Terharu kot. Tapi kan ada ke org yg beli aiskrim pukul 10.30 malam.? Ke aku sorg je yg pelik..?? Hehe


* Tengah craving for ChocoTop skrg sbb last Friday nak pegi beli tp x dpt. =( 

Sbb..?? Time beratur kat McD tu aku terlupa nama aiskrim ni. Ushar2 kat iklan tu x de plak nama aiskrim ni. Dah tak tahu nama camna nak order. Angkat kaki keluar la....