Sabtu, 9 Mac 2013

Belum Masanya

Makin kerap aku ditanya samada hati ni dah berpunya atau belum. Jawapan yang sama akan aku berikan iaitu 'Tak ada. Aku tak minat la. Aku kan muda lagi. Baru 21 kot. Belajar pun tak habis lagi. Buat apa nak fikir.' Mungkin juga aku takut untuk mencuba. Tapi aku lebih selesa untuk hanya sekadar kawan walau dengan siapa pun. Tatkala jawapan tidak minat keluar dari mulutku, pasti lebih banyak soalan yang akan diajukan. Ramai juga yang fikir perasaan tidak minat aku adalah bersebab. Ya, memang bersebab. Tapi bukan kerana pernah dikecewakan. Bagaimana hendak dikecewakan jika aku sendiri tak berani nak mencuba. Atas sebab apa..?? Biarlah segalanya menjadi rahsiaku. Yang pasti pengalaman yang aku lalui telah menyebabkan aku membina benteng yang tinggi dalam setiap perhubungan antara aku dan lelaki. Aku percaya ada hikmahnya kenapa aku masih single sehingga sekarang dan kenapa pintu hatiku tidak pernah terbuka untuk sesiapa. Walau apa pun yang aku rasa sekarang, aku yakin rasa ini akan hilang bila tiba waktunya. Dan saat itu pasti aku mampu menerima seorang lelaki sebagai suami. [Aku harap waktu itu masih jauh kerana terlalu banyak perkara yang ingin aku kejar]

*Petikan puisi dari iluvislam

Ya Allah, 
Andai masanya belum tiba, 
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta, 
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan, 
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan, 
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan, 
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat, 
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai, 
Agar aku dapat menjaga diri. 
Ya Allah, 
Jika aku jatuh cinta, 
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, 
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya, 
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya, 
Maka hilanglah cintaku padanya, 
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta. 
Ya Allah, 
Dan jika dia mencintai aku, 
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga, 
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu, 
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu, 
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga. 
Ya Allah, 
Jika ini bukan masanya, 
Jika ini belum saatnya, 
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia, 
Selamatkan kami, 
Jarakkan kami, 
Pisahkan kami, 
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah, 
Agar kami tak mengundang murka-MU, 
Agar kami dapat lebih menjaga hati, 
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi. 
Ya Allah, 
Andai dia bukan untuk ku, 
Andai dia bukan jodohku, 
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya, 
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya, 
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu, 
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku, 
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu. 
Amiin.. 

2 ulasan:

  1. amin
    moga bertemu jodoh yg terbaik utkmu
    follow sini..jemput ke blog yumida

    BalasPadam